RamadanBoardBanner

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT Assalamu’alaikum wr.wb. Derma / Tajaan bagi Projek Ramadan 2016/ 1437H Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelang, Warga Kerja Masjid Mujahidin ingin mengundang para jemaah sekelian untuk menyumbang derma ikhlas anda bagi menampung kos perbelanjaan dan penyelenggaraan bulan Ramadan bagi tahun 2016 bersamaan 1437H.

 

Kos perbelanjaan termasuk : –

  • Penyediaan Bubur Ramadan
  • Penyediaan Juadah Iftar (Berbuka Puasa)
  • Penyediaan Juadah Sahur
  • Bayaran untuk Imam Terawih
  • Bayaran untuk Bilal Terawih
  • Bayaran untuk Imam Qiyamullail
  • Bayaran Imam/Bilal Solat Hari Raya
  • Habuan untuk Pembimbing Tadarrus
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Iftar Jama’ie
  • Urusan Administrasi & Program Ramadan
  • Jamuan pagi Raya & lain-lain

Segala lebihan dari dana yang terkumpul bagi perbelanjaan dan penyeleggaraan bulan Ramadan akan disalurkan ke dana Masjid Mujahidin. Terima kasih di atas segala sumbangan ikhlas anda. Kami bermohon agar diberikan ganjaran amal jariah yang berkekalan dan syurga kepada Muslimin Muslimat yang telah menderma bagi projek Ramadan Masjid Mujahidin. Wassalamu’alaikum wr. wb.