WisataAmalKeluargaMasjid-Mujahidin3Assalamua’laikum wr wb, Para Relawan Mujahidin yang dirahmati Allah S.W.T.

JOM!!! kita berehat sambil berwisata ke Pulau Pangkil, Tanjung Pinang Indonesia pd 2 & 3 April 2016.

Sambil menikmati suasana kepulauan yang indah, kita dapat merapatkan ukhuwwah bersama para penduduk kampung dan juga diantara para relawan, jemaah Masjid Mujahidin dan para Asatizah kita.

Pelbagai acara dan aktiviti diadakan sepanjang 2 hari tersebut. Pakej kali ini ialah $200 setiap seorang termasuk tiket feri ulang-alik, penginapan di hotel comfort, travel insurans, jamuan dan sebagainya.

Wisata sambil beramal ini adalah satu usaha yg dianjurkan oleh Jabatan Dakwah Masjid Mujahidin dengan sokongan & kerjasama beberapa relawan Masjid yang turut mengusahakan pengumpulan sedikit dana untuk membantu peningkatan beberapa prasarana di sebuah Madrasah Pulau Pangkil yang mempunyai lebih kurang 2000 penduduk Islam yang kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan dan hanya peroleh gaji dalam S$2 hingga $3 sehari. Marilah kita ikuti Wisata ini sambil beramal.

Inshaa Allah pendaftaran akan bermula pada 1/2/2016. Kepada mereka yang berminat sila dapatkan borangnya di kaunter Masjid Mujahidin. Hanya terhad kepada 80 peserta sahaja.

‪#‎masjidmujahidin‬ ‪#‎mujahidinmosque‬ ‪#‎wisata‬ ‪#‎pulaupangkil‬